Apakah Itu Kanser?
Kanser adalah penyakit yang melibatkan fikiran, tubuh dan jiwa. Jiwa
proaktif berfikir positif sangat membantu penyembuhannya. Emosi, sifat
sulit memaafkan memicu tubuh kita berada dalam situasi tegang dan
mempengaruhi tingkat kasaman menjadi tinggi dan ini menyuburkan sel-sel
kanser.
Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah
sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam
keadaan yang tidak terkawal dan mengakibatkan pemusnahan sel-sel
berdekatan atau merebak ke organ-organ.
Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna
boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang
belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.
Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat di seluruh
dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia dan
membunuh 5 juta yang lain. Dalam kontek Malaysia, penyakit kanser
merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas
menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang
serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.
Kejadian sebenar kanser di Malaysia tidak diketahui dan dianggarkan
terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala dari segi
bilangan kes baru yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan
27,000 kes setahun. Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat
pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan
persekitaran serta pertambahan pendudukan yang meningkat usianya.
Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-
masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga
ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta sel. Sel kanser hanya akan
dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.
Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:
1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.
2. Apabila sistem imun yang sihat musnah maka ianya akan membuka ruang bagi sel kanser membiak dan membentuk tumor.
3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.
4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.
5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang
sama ia turut memusnahkan seltubuh yang sihat. Begitu juga dengan
rawatan radiasi.
Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai kemoterapi dan radiasi:
1. Rawatan awal kemoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan
saiz tumor. Namun begitu penggunaan kemoterapi dan radiasi yang
berpanjangan tidak menjamin lebih kemusnahan tumor.
2. Kemoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh
menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah
kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan.
3. Kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel kanser membina
sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser:
Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit
kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh
semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap
saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser.
Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser.
Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di
atas.
Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun
dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran,
buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh
berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik
untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel
yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari.
Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah
S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
mengambil makanan ruji. Penggunaan Keladi Tikus yang kaya dengan RIP dan
Anti-Oksida dapat membantu tubuh dalam memerangi kanser.
Hanya beberapa jenis penyakit kanser sahaja dipaparkan pada bahagian ini.
Pada bahagian ini terdapat gambar-gambar yang mungkin kurang menyenangkan untuk tontonan umum. harap maklum.
Jenis-Jenis Kanser :
Kanser Payudara
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur
dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan
seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus
limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal.
Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi
biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.
Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit
kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi
kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian
akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita
mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan
kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.
Pengelasan Kanser Payudara
Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser
lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau
tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor,
kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel
bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau
membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan
metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan
terpencil di dalam badan.
Tanda dan Gejala Kanser Payudara
Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka
masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum
tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit
pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat
awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau
bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh
limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur
kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.
Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara
juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk.
Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung.
Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau
mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain,
akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi,
sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan
adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan,
justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan
memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap
tahun.
Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui
mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan
mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya
(karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa
kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS
adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara.
Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel
abnormal di dalam duktus payudara.
Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada
peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter
dan belum lagi merebak.
Peringkat II juga merujuk
kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara
2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum
merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus
limfa ketiak.
Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor
telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak;
atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah
merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang
dada.
Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
Kaedah Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara.
Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan
homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan)
kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di
peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.
Di Malaysia, keadaannya sedikit berbeza. Mengikut Daftar Kanser
Negara, purata 4,000 wanita menghidap kanser payudara setiap tahun dan
kadar ini turut menunjukkan peningkatan setiap tahun. Di dalam satu
kajian pada tahun 2000, terdapat 3,825 wanita penghidap baru kanser
payudara. Ia meningkat ke 4,337 pada 2002. Daripada bilangan ini, hampir
2,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat kanser tersebut.
Kanser payudara kerap berlaku di kalangan kaum Cina (59.7 peratus),
diikuti India (55.8 peratus) dan Melayu (33.9 peratus) bagi setiap
100,000 penduduk negara ini. Daripada bilangan ini, insiden kematian
akibat kanser payudara paling banyak berlaku di kalangan kaum Melayu (54
peratus) berbanding dengan Cina (37 peratus) dan India 43 peratus).
Yang menjadi persoalan, kenapa kaum cina paling sedikit yang meninggal
dunia kerana kanser? jawapan yang mungkin kita semua sedia maklum,
kerana mereka ada Herba.
Kanser Pangkal Rahim
arah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan
barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di
Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika
barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim
boleh membawa maut. Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan
bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan
saluran yang dipanggil faraj.
Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh
secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu
ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek
merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa
anda.
Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun
untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal
berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini
disebut peringkat pra-kanser.
Kanser Perut
Kanser perut adalah antara 10 kanser yang paling kerap di Malaysia.
Seramai 1400 rakyat Malaysia menghidap kanser ini setiap tahun. Kanser
perut boleh berlaku di kalangan orang dewasa pada sebarang umur. Walau
bagaimanapun kanser ini jarang berlaku bagi lingkungan umur kurang 50
tahun dan lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita.
Punca kanser perut (gastrik) masih tidak di ketahui
tetapi banyak kanser perut dikaitkan dengan karsinogen (agen penyebab
kanser) dalam diet. Nitrat (yang terdapat dalam makanan yang diasapkan,
dijeruk dan dimasinkan) telah dipersalahkan dalam kanser perut.
Sekarang adalah di kenal pasti bahawa banyak ulser peptik disebabkan
oleh infeksi sejenis organisma mikro yang dikenali sebagai Helicobacter
Pylori. Infeksi jangka masa perut akibat organisma ini boleh membawa
perubahan yang mungkin menyebabkan kanser. Seorang yang mempunyai
sejarah ulser perut tidak semestinya bermaksud risiko kanser meningkat
tetapi sejarah polip gastrik meningkatkan risikonya. Orang dengan
masalah refluks kronik juga mungkin berisiko. Orang yang pernah
mengalami masalah darah yang dikenali sebagai anemia pernisius mempunyai
risiko lebih tinggi menghidapi kanser perut.
Kanser Pundi Kencing
Hampir kesemua kanser pundi kencing ditemui di urotelium (pengalas
pundi kencing). Ini dipanggil kanser-kanser sel peralihan. Mereka wujud
dalam berbagai bentuk yang berbeza dan boleh bertindak dalam berbagai
cara yang berbeza. Banyak kanser-kanser sel peralihan membesar di
bahagian dalam pengalas pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser
superfisial. Terdapat dua jenis tumor superfisial: karsinoma in situ,
yang leper dan bukan invasif, dan papilari yang mencacak keluar daripada
pengalas seperti cendawan.
Kadang-kala kanser-kanser sel peralihan merebak ke dalam dinding
pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser invasif. Sel-sel skuama
karsinoma dan adenokarsinoma adalah lebih jarang ditemui. Jenis-jenis
ini biasanya merebak ke dalam lapisan-lapisan pundi kencing yang lebih
dalam.
Kanser Paru-paru
Di seluruh dunia, kanser paru-paru merupakan kanser paling umum dan boleh membawa maut.
Adakah anda tahu :
- kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku?
- sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru?
- merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser?
- 87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok?
- hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu?
- adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik?
Angka ini didapati dari persatuan kanser yang paling penting,
iaitu ACS dan NCI (American Cancer Society danNational Cancer
Institute). Biomarkers ? Informasi yang penting tentang kanser paru-paru
dan merokok :perokok yang kuat lebih mungkin menghidap penyakit ini.
Namun demikian,tiada kajian yang menunjukkan perokok cerut (
setengah pencemaran lebih bahaya daripada asap dari
perokok. Untuk membuat penjelasan, jalankan pemeriksaan yang teliti,
seperti Ujian Biomarkers C12 dinasihatkan. Lakukannya, nyawa anda di
dalam taruhan.
Epidemiologi: Kanser paru-paru adalah "pembunuh nombor satu": kanser
yang bersebar luas di seluruh dunia. Ia masih meningkat. Namun demikian,
tidak dapat dinafikan kemajuan telah dicapai tahun kebelakangan ini
sejauh mana rawatan berkenaan.
Kanser ini disebabkan oleh penggunaan tembakau, ia bermula di negara
barat sejak perang dunia kedua. Ia mewakili 20% dari kesemua kanser di
Amerika Utara, dibanding 1 ke 2% di Afrika. Sila perhatikan bahawa
penyakit ini berlaku agak umum di kalangan wanita, sebab tabiat merokok
mereka.
Kanser paru-paru menjadi masalah yang semakin besar pada wanita
setiap tahun. Jika kecenderungan sekarang berlanjutan, dalam masa 10 ke
15 tahun, kes kanser paru-paru pada lelaki dan wanita akan muncul :
kejadian ini akan menjadi sama, bila 3.5:1 (3 kali lebih bagi lelaki)
pada tahun 1975, dan 1.5:1 pada tahun 1999. Umur yang sesuai untuk
diagnosa ialah 66 tahun.
Rawatan kanser paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan:
Semakin ramai kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru
dibanding dengan pergabungan kanser kolon, payudara dan prostat. Dalam
tahun 2004, anggaran kes-kes baru kanser paru-paru di Amerika Syarikat
adalah 173,770 : 93,110 kes-kes antara lelaki dan 80,660 antara wanita,
menurut kepada Persatuan Kanser Amerika. menaksir 160,400 kematian,
lebih kurang 30% daripada semua kematian yang disebabkan oleh kanser,
akan berlaku dalam tahun 2004.
Faktor risiko:
- Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi
jikalau menghisap rokok dibanding dengan menghisap cerut atau paip.
- Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari
bahan kimia yang diketahui, gas radon, kadmium, nikel, bahan kimia
industri, tar dan habuk karbon.
-Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.
- Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.
Perkembangan kanser:
Kanser paru-paru dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu “small cells lung
cancer” (SCLC), dan “non-small cells lung cancers” (NSCLC) mewakili 25%
dan 75% masing-masing. Sel-sel paru-paru menukar menjadi sel-sel kanser
apabila berlaku ketidakseimbangan fakta-fakta perkembangan sel tersebut.
Barah ini boleh melarat ke tulang, hati dan otak.
Simptom:
- Batuk berdarah;- batuk yang berlarutan;- jangkitan kuman saluran
pernafasan dan paru-paru yang susah diubati;- Suara kasar, lemah lesu
dan susut berat badan;- Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru
dan sakit tulang belakang. 5)