Sejak kecil, kita terutamanya
budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang
telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat,
semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?
Seperti yang diketahui ramai, Islam
ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah
tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi
masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam,
tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.
Sudah pasti ramai tertanya-tanya
kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah
pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi je,
sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu,
dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.
Mazhab ni bezanya dari segi Feqah
sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan
sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan
sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5
waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.
Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab
ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di
Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq.
Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya
mazhab.
Contoh yang paling jelas, mengikut
Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali
secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di
Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di
Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita
tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita
terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita
kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang
batal.
Habis tu sampai Subuh besok kita kena
ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.
Situasi A:
Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah
tiada siapa dapatkan habiskan sembahyangnya.
Situasi B: Cuba bayangkan
pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak
banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak
penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada
mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi..
Hal ini, bukan sahaja boleh
diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan
hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat
Hari Natal.
Ada ulama’ kata
haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata
Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna
mengikut tempat. Agak-agak kalau lu duduk kat Arab Saudi, jiran kau 100%
Muslim, takkan tiba-tiba lu nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum.
Merry Christmas“?
Tapi takkanlah kalau kau duduk kat
Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak
diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“. Cuba
kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak
kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan?
Eleh, jangan nak tipu. Kimora wish Eid Mubarak tergedik-gedik je kau RT.
Jadi dengan keadaan yang kita
bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan orang
lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat
orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita. Agak-agak kalau
kita ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, so
diam-diamlah tak payah wish Krismas. Ini, bila ada member kita yang
jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi
dan wish kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post
dia haram this haram that. Bodohnya?
Anyhow, sorry menyimpang jauh. Cerita asal mengenai mazhab.
Maka timbul juga persoalan-persoalan
seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang
mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan
talkin (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama
sekali.Kecuali:
A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab.
B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.
Walaupun jika seseorang itu sudah
belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu
mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan
semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.
Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan
agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk
menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan