BERANI MATI,JURUGAMBAR AMBIL GAMBAR ANACONDA SECARA DEKAT

Anaconda adalah spesis ular yang tidak berbisa namun begitu mempunyai tenaga dan tubuh yang besar berbanding dari ular-ular yang lain. Ia adalah salah satu haiwan yang paling di takuti. Tapi seorang jurugambar ini sungguh berani merakamkan gambar haiwan ini secara dekat. Memang giler dan boleh menempah maut.
Franco Banfi penyelam Swiss pergi ke rantau Mato Grosso Brazil untuk
 merakamkan kejadian yang menakjubkan ini secara dekat, ular Anaconda yang sangat besar dalam habitat semulajadi mereka,
Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini....
Ia berada hanya beberapa inci di bawah permukaan air dan bersedia untuk menyerang - dan korang takkan sedar ia berada di bawah permukaan air.


Imej-imej yang luar biasa menunjukkan ular yang besar 26 kaki (lapan meter) anacondas Mato Grosso di Brazil mencari mangsa.


Dirakamkan oleh penyelam berani dan peminat ular iaitu Franco Banfi, 53, yang menyertai binatang ini dalam habitat semulajadinya dengan hanya bersenjatakan kamera.






Bersedia untuk menyerang : penyelam Berani dan ular peminat Franco Banfi menangkap imej ular Anaconda yang sangat besar mengintai di bawah permukaan sungai di Mato Grosso do Sul, Brazil





Memburu: Anaconda Ini mengimbas permukaan air mencari mangsanya seperti tikus, ikan atau burung





Besar: Ini Anaconda dengan kira-kira lapan meter panjang. Franco Banfi penyelam Swiss menangkap gambar pada lawatan sepuluh hari untuk Grosso Mato Sul di Brazil.


Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?
Seperti yang diketahui ramai, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki, dan Hanafi. Siapa cakap Syi’ah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.
Sudah pasti ramai tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tak satu je. Siap ada sesetengah pihak yang bajet legend, cakap tak payah ikut mazhab ikut Nabi je, sebenarnya dia menggelabah je. Ustaz saya cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh ikut dia sendiri.
Mazhab ni bezanya dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana nak sembahyang, nak ambil wudhu’, dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5 waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.
Mungkin juga ramai sudah tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai perkara ini lah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.
Contoh yang paling jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tak boleh bergerak 3 kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh. Sekarang, di Mekah mereka tidak mengamalkan mazhab Syafi’e. Okay, cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak boleh bergerak 3 kali, boleh ke? Kita tengah baca Fatihah, tiba ada Pak Arab tengah lintas depan kita, kita terpaksa gerak sikit, pastu ada pulak Minah Arab lalu kat belakang kita kena gerak lagi. Kalau pergerakan kaki kita melebihi 3 kali, sembahyang batal.
Habis tu sampai Subuh besok kita kena ulang sembahyang balik, sebab sembahyang kita asyik batal.
 
  Situasi A: Cuba bayangkan dalam dunia ini ada satu mazhab je. Nanti kat Kaabah tiada siapa dapatkan habiskan sembahyangnya.
 
   Situasi B: Cuba bayangkan pulak kalau satu dunia amalkan satu mazhab je, yang boleh bergerak banyak kali. Nanti sampai kat Malaysia (yang masjidnya selalu tak penuh), nanti rilek je orang sembahyang gerak banyak kali. Siap ada mamat sembahyang sambil baca Naruto lagi..

nya pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat tertentu. Cuba bayangkan, kalau kerajaan wajibkan semua budak sekolah pergi sekolah naik bas sahaja.Tak boleh ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila ke? Semua orang ada cara masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke permaidani ajaib ke.
Hal ini, bukan sahaja boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari Natal.
Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’ kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna mengikut tempat. Agak-agak kalau lu duduk kat Arab Saudi, jiran kau 100% Muslim, takkan tiba-tiba lu nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry Christmas“?
Tapi takkanlah kalau kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka. Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“. Cuba kau fikir macam mana persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan? Eleh, jangan nak tipu. Kimora wish Eid Mubarak tergedik-gedik je kau RT.
Jadi dengan keadaan yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita. Agak-agak kalau kita ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, so diam-diamlah tak payah wish Krismas. Ini, bila ada member kita yang jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti Al-Qaradhawi dan wish kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall post dia haram this haram that. Bodohnya?
Anyhow, sorry menyimpang jauh. Cerita asal mengenai mazhab.
Maka timbul juga persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya, kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak. Hal ini dinamakan talkin (menyampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali.Kecuali: 
A) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. 
B) Kita pergi ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.
Walaupun jika seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau ‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.
Ingatlah, mazhab itu bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan diriNya.
Sham Kamikaze mengongsikan bahan di bawah ini di facebook beliau.

Di antara jasa Coca-Cola & Mc Donalds.....

Coca-cola telah menjadi penyokong Israel sejak 1966. Ada banyak bukti peristiwa yang menunjukkan sokongan mereka kepada Zionis.

Pada 1997, Kerajaan Israel telah mengiktiraf sumbangan Coca-Cola di Majlis Makan Malam Anugerah Perdagangan Israel atas sokongan berterusan Israel untuk 30 tahun serta keengganan mereka mematuhi boikot Liga Arab Israel.

Pada 11 Oktober 2001, Ibu Pejabat Dunia Coca-Cola telah menjadi tuan rumah dan juga merupakan penaja utama Dewan Perniagaan Amerika-Israel Commerce di majlis Eagle Star Awards Gala.

Pada bulan Februari 2002, Coca-Cola bekerjasama dengan "Friends of Israel" untuk menaja syarahan yang diberikan oleh wartawan zionist terkenal Linda Gradstein di Universiti Minnesota.

Pada bulan Oktober 2005, Coca-Cola telah meningkat pelaburan di Israel dengan membeli 51% dalam Tavor Winery. Tavor Winery adalah sebuah syarikat Israel yang berpusat di Wilayah Palestin yang dijajah di kaki Gunung Tavor yang menghadap ke Laut Galilee.

McDonald Corporation pula adalah rakan korporat utama Jewish United Fund (JUF) / Persekutuan Yahudi Metropolitan di Chicago. McDonald Corporation telah berbesar hati menaja Jubilee 100 tahun JUF pada 2000 dan sebagai rakan kongsi utama peringkat korporat kepada sumber ekonomi Zionisme.

Melalui Suruhanjaya Israel, JUF "berfungsi untuk mengekalkan tentera Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memantau dan apabila perlu, respons kepada liputan media Israel".

Ini hanyalah sebahagian petanda dan bukti hubungan akrab Coca cola dan Mc D dengan rejim Zionis Israel.

Pada saat ini, Gaza sedang diserang bertalu-talu dengan muntahan bom dan peluru Israel yang telah mengorbankan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Jadi, terpulang kepada anda samada terus mahu memberikan sokongan kepada mereka atau pun sebaliknya....

tanda-tanda anda telah terkena sihir

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri!

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.
Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.
ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.
Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya.
iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.
Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.
iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar
Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)
v) Hilang selera makan
Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak.
vi) Masalah hubungan suami – isteri
Hubungan yang baik suami – isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.
vii) Suka Bersendirian / Sedih
Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.
viii) Kesan lebam pada tubuh
Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.
ix) Berasa tidak tenteram dirumah
Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.
x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik
Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.
xi) Melihat / bermimpi binatang.
Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.
xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.
Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.
xiii) Terhidu bau pelik
Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya.

Tanda2 sihir, saka, histeria, gangguan makhluk halus

TANDA – TANDA KETIKA JAGA
1. Sering sesak nafas terutama diwaktu petang & tengah malam tanpa sebab.
2. Sering sakit kepala yg. luarbiasa, makan ubatan moden pun xsembuh2, doktor kata anda ok je.
3. Kadang2 pengsan tanpa sebab, jumpa doktor, tapi doktor kata anda penat kot.
4. Rasa takut tanpa sebab.
5. Sakit tulang belakang, dah pergi jumpa tukang urut&doktor tapi jawapannya…anda xde masalah..pelik betul kita sakit tapi dia kate kita sihat lak.
6. Fikiran runsing tanpa sebab.
7. Terdengar suara bisikan ditelinga

TANDA2 KETIKA TIDUR
1. Sering mimpi jatuh dari tempat tinggi.
2. Mimpi binatang seperti ular.
3. Mimpi bermain dengan kanak2 kecil.
4. Sukar tidur tanpa sebab.
5. Mimpi terbang, jumpa hantu.
6. Mimpi pergi ke perkuburan

KESAN2 SIHIR
1. MURTAD
2. MAUT
3. GILA
4. SAKIT & MENDERITA BERTERUSAN
5. PERCERAIAN



gambar hiasan

kanser


Apakah Itu Kanser? 

Kanser adalah penyakit yang melibatkan fikiran, tubuh dan jiwa. Jiwa proaktif berfikir positif sangat membantu penyembuhannya. Emosi, sifat sulit memaafkan memicu tubuh kita berada dalam situasi tegang dan mempengaruhi tingkat kasaman menjadi tinggi dan ini menyuburkan sel-sel kanser.

Badan manusia terbentuk daripada berjuta-juta sel. Kanser adalah sejenis penyakit sel iaitu sel-sel tubuh membiak secara berterusan dalam keadaan yang tidak terkawal dan mengakibatkan pemusnahan sel-sel berdekatan atau merebak ke organ-organ.

Sebagai contohnya kanser paru-paru jika tidak dirawat dengan sempurna boleh merebak ke organ-organ lain seperti otak, hati, perut dan tulang belakang dan ia membentuk pertumbuhan kanser yang baru dan lain pula.

Kanser merupakan masalah kesihatan yang kian meningkat di seluruh dunia. Penyakit ini melibatkan kira-kira 9 juta penduduk dunia dan membunuh 5 juta yang lain. Dalam kontek Malaysia, penyakit kanser merupakan salah satu daripada 10 penyebab utama kematian. Di sini jelas menunjukkan bahawa kanser juga merupakan satu masalah kesihatan yang serius dan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Kejadian sebenar kanser di Malaysia tidak diketahui dan dianggarkan terdapat 150 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala dari segi bilangan kes baru yang dikesan adalah dianggarkan dalam lingkungan 27,000 kes setahun. Masalah kanser di Malaysia mungkin akan meningkat pada masa akan datang mengikut perubahan dalam gaya hidup dan persekitaran serta pertambahan pendudukan yang meningkat usianya.
Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta sel. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.

2. Apabila sistem imun yang sihat musnah maka ianya akan membuka ruang bagi sel kanser membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan seltubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.

Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai kemoterapi dan radiasi:
1. Rawatan awal kemoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan saiz tumor. Namun begitu penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menjamin lebih kemusnahan tumor.

2. Kemoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan.

3. Kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel kanser membina sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser:
Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.

Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji. Penggunaan Keladi Tikus yang kaya dengan RIP dan Anti-Oksida dapat membantu tubuh dalam memerangi kanser.


Hanya beberapa jenis penyakit kanser sahaja dipaparkan pada bahagian ini.
 Pada bahagian ini terdapat gambar-gambar yang mungkin kurang menyenangkan untuk tontonan umum. harap maklum.

Jenis-Jenis Kanser :

Kanser Payudara 
Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.




Pengelasan Kanser Payudara 

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.
Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Di Malaysia, keadaannya sedikit berbeza. Mengikut Daftar Kanser Negara, purata 4,000 wanita menghidap kanser payudara setiap tahun dan kadar ini turut menunjukkan peningkatan setiap tahun. Di dalam satu kajian pada tahun 2000, terdapat 3,825 wanita penghidap baru kanser payudara. Ia meningkat ke 4,337 pada 2002. Daripada bilangan ini, hampir 2,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat kanser tersebut.

Kanser payudara kerap berlaku di kalangan kaum Cina (59.7 peratus), diikuti India (55.8 peratus) dan Melayu (33.9 peratus) bagi setiap 100,000 penduduk negara ini. Daripada bilangan ini, insiden kematian akibat kanser payudara paling banyak berlaku di kalangan kaum Melayu (54 peratus) berbanding dengan Cina (37 peratus) dan India 43 peratus). Yang menjadi persoalan, kenapa kaum cina paling sedikit yang meninggal dunia kerana kanser? jawapan yang mungkin kita semua sedia maklum, kerana mereka ada Herba.

Kanser Pangkal Rahim 
arah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Kes barah pangkal rahim semakin meningkat setiap tahun. Jika barah pangkal rahim tidak dikesan dan dirawat awal barah pangkal rahim boleh membawa maut. Serviks adalah pangkal rahim. Rahim merupakan bahagian badan di mana janin berkembang. Serviks berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.





Dalam barah pangkal rahim (Kanser Serviks), sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini bolek merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim (Kanser Serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks). Ini disebut peringkat pra-kanser.


Kanser Perut 
Kanser perut adalah antara 10 kanser yang paling kerap di Malaysia. Seramai 1400 rakyat Malaysia menghidap kanser ini setiap tahun. Kanser perut boleh berlaku di kalangan orang dewasa pada sebarang umur. Walau bagaimanapun kanser ini jarang berlaku bagi lingkungan umur kurang 50 tahun dan lebih biasa di kalangan lelaki berbanding wanita.

Punca kanser perut (gastrik) masih tidak di ketahui tetapi banyak kanser perut dikaitkan dengan karsinogen (agen penyebab kanser) dalam diet. Nitrat (yang terdapat dalam makanan yang diasapkan, dijeruk dan dimasinkan) telah dipersalahkan dalam kanser perut.


Sekarang adalah di kenal pasti bahawa banyak ulser peptik disebabkan oleh infeksi sejenis organisma mikro yang dikenali sebagai Helicobacter Pylori. Infeksi jangka masa perut akibat organisma ini boleh membawa perubahan yang mungkin menyebabkan kanser. Seorang yang mempunyai sejarah ulser perut tidak semestinya bermaksud risiko kanser meningkat tetapi sejarah polip gastrik meningkatkan risikonya. Orang dengan masalah refluks kronik juga mungkin berisiko. Orang yang pernah mengalami masalah darah yang dikenali sebagai anemia pernisius mempunyai risiko lebih tinggi menghidapi kanser perut.


Kanser Pundi Kencing 
Hampir kesemua kanser pundi kencing ditemui di urotelium (pengalas pundi kencing). Ini dipanggil kanser-kanser sel peralihan. Mereka wujud dalam berbagai bentuk yang berbeza dan boleh bertindak dalam berbagai cara yang berbeza. Banyak kanser-kanser sel peralihan membesar di bahagian dalam pengalas pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser superfisial. Terdapat dua jenis tumor superfisial: karsinoma in situ, yang leper dan bukan invasif, dan papilari yang mencacak keluar daripada pengalas seperti cendawan.


Kadang-kala kanser-kanser sel peralihan merebak ke dalam dinding pundi kencing. Ini dipanggil kanser-kanser invasif. Sel-sel skuama karsinoma dan adenokarsinoma adalah lebih jarang ditemui. Jenis-jenis ini biasanya merebak ke dalam lapisan-lapisan pundi kencing yang lebih dalam.


Kanser Paru-paru 
Di seluruh dunia, kanser paru-paru merupakan kanser paling umum dan boleh membawa maut.

Adakah anda tahu :
  • kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku?
  • sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru?
  • merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser?
  • 87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok?
  • hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu?
  • adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik?
Angka ini didapati dari persatuan kanser yang paling penting, iaitu ACS dan NCI (American Cancer Society danNational Cancer Institute). Biomarkers ? Informasi yang penting tentang kanser paru-paru dan merokok :perokok yang kuat lebih mungkin menghidap penyakit ini.


Namun demikian,tiada kajian yang menunjukkan perokok cerut (
  • perokok pasif (
setengah pencemaran lebih bahaya daripada asap dari perokok. Untuk membuat penjelasan, jalankan pemeriksaan yang teliti, seperti Ujian Biomarkers C12 dinasihatkan. Lakukannya, nyawa anda di dalam taruhan.

Epidemiologi: Kanser paru-paru adalah "pembunuh nombor satu": kanser yang bersebar luas di seluruh dunia. Ia masih meningkat. Namun demikian, tidak dapat dinafikan kemajuan telah dicapai tahun kebelakangan ini sejauh mana rawatan berkenaan.

Kanser ini disebabkan oleh penggunaan tembakau, ia bermula di negara barat sejak perang dunia kedua. Ia mewakili 20% dari kesemua kanser di Amerika Utara, dibanding 1 ke 2% di Afrika. Sila perhatikan bahawa penyakit ini berlaku agak umum di kalangan wanita, sebab tabiat merokok mereka.

Kanser paru-paru menjadi masalah yang semakin besar pada wanita setiap tahun. Jika kecenderungan sekarang berlanjutan, dalam masa 10 ke 15 tahun, kes kanser paru-paru pada lelaki dan wanita akan muncul : kejadian ini akan menjadi sama, bila 3.5:1 (3 kali lebih bagi lelaki) pada tahun 1975, dan 1.5:1 pada tahun 1999. Umur yang sesuai untuk diagnosa ialah 66 tahun.

Rawatan kanser paru-paru adalah susah, sebab ia sudah terlewat apabila membuat rawatan:

Semakin ramai kematian yang disebabkan oleh kanser paru-paru dibanding dengan pergabungan kanser kolon, payudara dan prostat. Dalam tahun 2004, anggaran kes-kes baru kanser paru-paru di Amerika Syarikat adalah 173,770 : 93,110 kes-kes antara lelaki dan 80,660 antara wanita, menurut kepada Persatuan Kanser Amerika. menaksir 160,400 kematian, lebih kurang 30% daripada semua kematian yang disebabkan oleh kanser, akan berlaku dalam tahun 2004.

Faktor risiko:

- Merokok atau pendedahan ke asap rokok. Risiko yang lebih tinggi jikalau menghisap rokok dibanding dengan menghisap cerut atau paip.

- Pendedahan ke bahan kimia industri : Asbestos adalah satu dari bahan kimia yang diketahui, gas radon, kadmium, nikel, bahan kimia industri, tar dan habuk karbon.

-Perokok lebih berisiko jika didedahkan ke bahan kimia industri tersebut dan pencemaran atmosfera.

- Fakta genetik pun memainkan peranan kerana hanya seorang dari sepuluh perokok yang menghidap penyakit ini.

Perkembangan kanser:

Kanser paru-paru dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu “small cells lung cancer” (SCLC), dan “non-small cells lung cancers” (NSCLC) mewakili 25% dan 75% masing-masing. Sel-sel paru-paru menukar menjadi sel-sel kanser apabila berlaku ketidakseimbangan fakta-fakta perkembangan sel tersebut. Barah ini boleh melarat ke tulang, hati dan otak.

Simptom:

- Batuk berdarah;- batuk yang berlarutan;- jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati;- Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan;- Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru dan sakit tulang belakang. 5)
 
 Diagnosa: 
  • X-ray paru-paru penting tetapi menggunakan pancaran CT Skan digalakkan. Cara MSCT 64-kepingan skan tubuh dan menggunakan petanda protin 'Biomaker C12' adalah strategi yang sungguh berkesan.
  • Bronkoskopi boleh mendapat cebisan biopsi
  • Skan dada, abdomen, tulang dan otak adalah sebahagian dari kaedah skan yang digunakan sekarang selain dari 'Petscan'
  • Kalau terdapat bengkak tumor yang senang dihampiri, kaedah menggunakan CT- Skan 'guided needle aspiration'; - Sitologi kahak
  • Petanda tumor iaitu CEA, NSE untuk 'Small cell barah paru” dan Cyfra 21-1 untuk barah paru-paru jenis 'epidermoidis'. 6) Rawatan: - surgeri: spesifik ke lokasi tumor
  • terapi radiasi: bantuan rawatan yang dijalankan bila surgeri tidak dapat dilakukan dengan sepenuh, dan juga pada tumor kecil yang tidak dapat disembuhkan
  • kemoterapi: bantuan rawatan yang dijalankan sebelum atau selepas surgeri, terutamanya pada peringkat metastatik, sebab perkembangan metastasis pesakit ;
  • kemoradiasi: bentuk yang tidak dapat dibuangkan;
  • dos petanda tumor: amat perlu: menjalani rawatan susulan yang mudah, terutamanya semasa kemoterapi dan mengisyaratkan keperluan untuk mengubahsuai rawatan ini bila klon sel baru ditemui.
  • Beberapa jenis sel tumor boleh muncul bersama dalam satu tumor dalam kes kanser paru-paru :
  • kemoterapi berkesan ke atas sel-sel utama boleh menghapuskan kanser jenis ini, tetapi mungkin sel lain dikuasai: semasa rawatan petanda tumor memainkan peranan yang penting: NSE dan Cyfra 21-1 adalah yang paling penting.
Pencegahan:
  • DILARANG MEROKOK. Berhenti merokok mengurangkan risiko kanser paru-paru selepas 10 tahun.
  • Pemeriksaan CT dengan dos rendah / resolusi tinggi, bergabung dengan ujian petanda tumor, akan memperbaiki keadaan kanser paru-paru.
KANSER OVARI
Siapa? Satu daripada 70 orang wanita akan menghidap kanser ovari dalam seumur hidupnya; Jika dia mempunyai penurunan genetik predisposisi, statistik menunjukkan satu daripada dua orang wanita tersebut akan menghidap kanser ini.

Frekuensi? Kanser ovari adalah kanser wanita keempat yang paling umum. Ia 6 kali kurang umum dari kanser payudara. Ia berlaku lebih ketara antara wanita berbangsa putih. Wanita Asia kurang menghidap kanser ovari dibanding dengan bangsa Amerika.

Umur? Purata umur kejadian adalah 59; bagi wanita yang mewarisi genetik predisposisi umur kejadian adalah 49. Ia juga berlaku pada wanita muda (20-30).


Faktor risiko
  • Ovulasi adalah risiko utama :
  • peningkatan umur;
  • ovulasi untuk wanita yang pernah mengandung beberapa kali.
  • Khasiat: kaitan antara lemak dan protin haiwan, dan juga peningkatan berat badan berlebihan.
Faktor Pelindung
  • Keadaan di mana ovulasi mengurang (kehamilan berganda, penyusuan, kontraseptif oral).
  • Diet yang kaya dengan sayur-sayuran (terutamanya beta-karotin).
Rawatan Kanser Ovari: Ovari adalah organ yang berkedudukan di dalam badan, biasanya kanser ini merebak ke abdomen tanpa simpton; keputusannya biasa lewat untuk dirawati : 75% daripada kanser ini dirawati pada peringkat lewat; ia adalah kanser yang dasyhat; Oleh demikian, langkah pencegahan yang efektif mesti dilakukan awal sebelum tanda klinikal ditunjukkan.

Bila kadar terselamat dalam masa lima tahun adalah 30%, kadar terselamat untuk peringkat III dan IV adalah hanya 10%. Kadar terselamat sebanyak 90% mungkin diperolehi bagi pesakit yang mendapat pengesanan awal terbatas ke ovari saja.

Simptom:
•sakit pada pelvik-abdomen
•bengkak pada abdomen
•pendarahan bukan haid.

Kanser ovari biasanya berkait dengan kanser lain dimana pengesanan perlu dibuat serentak: payudara, kolon, endometrium, servik.

Cara Rawatan:
  • ultrasound: ultrasound pelvik dan endovaginal; Ultrasound Doppler.
  • MRI :sensitiviti tisu menyempurnakan delimitasi anatomik tumor dan lokasi yang berkait dengan pundi kencing, rektum dan ke dinding pelvik.
Petanda tumor (ujian darah)
  • CA125: kadar 35 U/l; paras ini BUKAN untuk perbandingan bilangan tumor dan perkembangan penyakit, sebab pemecahan petanda oleh tumor adalah berbeza. Peningkatan berganda paras CA125 di dalam serum dinasihat menjalani ujian fizikal, transvaginal sonografi dan CT scan.
  • AFP dan BHCG: diguna untuk mengesan tumor ovari germinals.
  • CA19-9 dan CEA : boleh diguna ke atas tumor musinous, apabila tiada bacaan CA125 didapati.
Surgeri

eksploratori endoskopi, eksploratori laparotomi.

Rawatan kanser ovari:
  • Surgeri: penting dalam rawatan (peringkat penilaian merebaknya di abdomen), dan sesuai untuk pembuangan
  • tumor.
  • Kemoterapi: permulaan kemoterapi adalah satu polikemoterapi.
  • Radioterapi: tidak membantu pada jenis kanser ini. Pergabungan antara radio/kemoterapi tidak membantu
  • dalam kanser ovari, walaupun ia sangat berguna kepada kanser jenis lain.
  • Pengawasan dan rawatan berkala: bertujuan untuk pengesanan awal kemungkinan penimbulan semula kanser yang tidak dapat dielakkan; dan juga penilaian efikasi rawatan yang diikuti. Paras CA125 sangat penting; selepas pembedahan pembuangan tumor ovari, ukuran paras CA125 dibuat pada hari ke 5; jangka masa ini didapati berkait dengan searuh-hidup petanda.Jika paras tidak kembali ke normal penumbuhan tumor disyaki; bagaimanapun, bacaan normal tidak menunjukkan tiadanya penumbuhan tisu tumor; bergantung kepada pusat perubatan, sebanyak 15% pesakit perlu dibedah semula selepas surgeri permulaan yang tidak lengkap. Peningkatan CA125 pada peringkat penimbulan semula memberi isyarat awal beberapa bulan sebelum rawatan klinikal: dinasihat menjalani ujian CA125 setiap 3 bulan semasa tahun pertama, kemudian setiap 6 bulan.
Peningkatan CA125 bermakna pengesanan lanjutan dengan ultrasound dan imunosintigrafi perlu dilakukan untuk mengesan penimbulan semula.

Pemburu Yang Tamak

 

Pada satu hari, seorang pemburu telah menangkap seekor burung murai. Dengan perasaan sedih burung murai itu merayu kepada si pemburu.

Burung itu bertanya, " Apa yang ingin engkau lakukan pada diriku?"

Lelaki itu menjawab " Akan aku sembelih engkau dan makan engkau sebagai lauk"

"Percayalah, engkau tidak akan begitu berselera memakanku dan aku tidak akan mengenyangkan engkau. Jangan engkau makan aku, tetapi akan aku beritahu engkau tiga nasihat yang lebih baik dari engkau memakanku "

Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman orang itu. Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di cabang pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.

Terpengaruh dengan rayuan si murai itu, si pemburu pun bersetuju. Lalu dia meminta nasihat pertama. Kata burung itu, "Kalau kau kehilangan sesuatu, meskipun engkau menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal."

Orang itu pun melepaskannya dan burung itu segera melompat ke dahan. Di sampaikannya nasihat yang kedua, "Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tak ada bukti."

Kemudian burung itu terbang ke puncak gunung. Dari sana ia berkata, "Wahai manusia malang! Jika tadi engkau sembelih aku, nescaya engkau akan dapati dalam tubuhku ada dua biji mutiara. Berat setiap mutiara itu adalah dua puluh gram."

Terperanjat sungguh si pemburu itu mendengar kata-kata si burung murai.. Si pemburu berasa dirinya telah tertipu. "Bodohnya aku! Bagaimana aku boleh terlepas peluang yang begitu baik!"

Pemburu itu sangat menyesal memikirkan kehilangannya. Namun katanya, "Setidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!"

Si burung murai menjawab,"Alangkah tololnya kau meminta nasihat ketiga sedangkan yang kedua pun belum kau renungkan sama sekali. Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal. Kini kau malah melakukan keduanya. Kau percaya pada hal yang tak masuk akal dan menyesali kehilanganmu. Cuba engkau fikirkan, hai orang yang dungu. Aku, dagingku, darahku dan buluku tidak logik seberat dua puluh gram. Oleh itu, bagaimana mungkin akan ada dalam perutku dua biji mutiara yang masing-masing seberat dua puluh gram? Aku tidak cukup besar untuk menyimpan dua butir mutiara besar! Kau tolol! Oleh kerananya kau harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi manusia."

Murai menyambung lagi, "Nasihatku yang ketiga adalah, memberi nasihat kepada sedozen bahlul seperti engkau ini adalah seperti menabur benih di tanah usang, tidak akan memberi faedah!"

Kemudian terbanglah si burung murai yang bijak itu meninggalkan si lelaki yang termenung akan ketamakannya itu.



Moral:
Itulah contoh betapa halobanya anak Adam yang jadi kelabu mata dari mengetahui kebenaran.
Jika seseorang menginginkan yang serba banyak atau terlalu panjang angan-angannya atas sesuatu yang lebih, nescaya hilanglah sifat qana' (merasa cukup dengan yang ada). Dan tidak mustahil ia menjadi kotor akibat haloba dan hina akibat rakus sebab kedua sifat itu mengheret kepada pekerti yang jahat untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar, yang merosakkan maruah (harga diri).